Temosa panas yang sedap..
Tak pernah dengar temosa tuh ape? Biasanya temosa ni makanan org belah2 pantai timur (tak pasti la sgt) tapi yang pasti di Kuantan boleh didapati di byk gerai2 jual karipap. Karipap dan temosa paling best di Kuantan ialah di Karipap Panas Peramu, dekat Peramu lah (ala, jalan dr Kuantan-Pekan kalau lalu Tanjung Lumpur). Semalam mood ahad, dan takdek mood nak buat kerja, nak gi crabbing, hari masih sejuk..maka kami pon berkerjasama untuk membuat temosa. Apa yang penting? Kerjaasamaa... Inti temosa ni adalah ikan dan kelapa.
Resipi telah di ambil dari sini: http://my-magic-kitchen.blogspot.com/2010/05/temosa-mak-teh.html
Resipi telah di ambil dari sini: http://my-magic-kitchen.blogspot.com/2010/05/temosa-mak-teh.html
Mule2 parut kelapa. Oh, kat sini takdek jual kelapa yang dah parut. Semua kena buat sendiri. Kelapa biji adelah. Jenuh gakz la nak parut kelapa cara tradisional nih. (ini saya yang buat sebab BB gi beli minyak yang dah habis sebelum kedai tutup kul 5pm)
Pastuh, tugasan saya seterusnya ialah uli2 tepung. Apa sahaja tugas2 yang boleh duduk tu saya lah buat. Hehe.
Ikan dibakar, kemudian isi2 nya diambil, so tulang2 nya plak diblend dan ambil airnya.
Ini isi2 ikan yang telah dihancurkan guna tangan/garfu jek.
Of coz part masak2 ni BB lah yang buat. Kacau2 bagi kering air.
Then siap intinya...
Hasilnya...kulit menggerutu, tapi janji sedap dan rangup.
Saje patahkan temosa ni bagi nampak isinya...for display purpose only. Hehe.
Kitorg memang tak reti nak budget tuk 2 org makan. So, dapatlah dlm 40-50 biji temosa. Haha! Simpan dlm freezer jekla. Makan tuk kemudian hari.

Mati minyak dulu tak sblm simpan peti beku? Kalau tak kang lekat2 kulit karipap tu
ReplyDeletetak..haha! dah pening kepala 3 jam buat temosa...terus jek simpan...
ReplyDelete